Assalamualaikum and good evening people :) Macam lama je, macam lama je Syeera Anuar tak update blog kan. Ermm sebenarnya sejak azali nenek moyang kau punya moyang punya monyet lagi Syeera Anuar nih dah terkenal dengan kemalasan level 99999999 untuk buat entry baru blog dia. Yes, I admit it. Tak caya? Pergi scroll cursor korang tuh bawah bawah sikit, then tengok part story mory tuh. Aku start berblogging nih since form 3 lepas PMR dulu-dulu, tahun 2010 dulu. Cuba tengok berapa total post aku sampai sekarang nih dah 2013. Masuk entry nih baru 30 entry. See? Tu menunjukkan Syeera Anuar nih adalah seorang blogger yang sangaaaat teramat terbukti rajin kan? Haaa haaa haa nak kutuk aku lah tu kan? aku dengar lahh. Nak kutuk kutuk lah, korang yang dapat dosa. LOL. Hahaha. Okay okay sorry. Hanya jenaka dipetang hari. Gurau je lah. Jangan ambil hati ya silent reader blog gua? Jatuh mencanak pulak traffic nanti. Cehh jet jet retis je kau nih! hahaha.
The Boss SA. *ehem ehem tolong tabik spring hormat sikit*
Okay ermm *krik krik krik* Could you please give me some idea regarding the above topic? Hurmm otak aku slow sikit petang petang macam nih. Mata pun berat je sebenarnya nih.Sebenarnya tengah on mood nak flip flip lecture notes Biology nih. Alaaa tapi baru berapa helai je gerak kann. Iblis level manakah yang selalu curi mood study aku nih? Iblis level joget joget macam chicken dance kot. So nak elak daripada mengantuk tuh berterusan, tiba tiba tergerak pulak hati nak update blog kan.
Okay sekarang nih aku dah masuk semester 2 asasi sains dekat UiTM Puncak Alam. Sebenarnya baru je sangat, memang baru baru sangat lah masuk semester 2 nih baq hang. Masuk hari nih dah genap seminggu aku dekat semester 2 nih. *teringat budak couple seminggu. korang pergi search kat youtube. eee gediks je* Hahaha jahat kan? Sorry lah. Aku mengantuk sebenarnya nih. Bila ngantuk biasanya aku masuk air sikit. Takut tak? Hahaha. Hurmm takde lah. Saje nak cari hiburan di petang petang hari kan.
Muka first day class. muka banyak menangis je tu. Macam budak kecik kan?
Homesick? Huhuhu homesick dengan aku bagai isi dengan kuku tak boleh dipisahkan. Yelah baru seminggu kot! *jet jet tak pernah duduk asrama je kan. apa function MRSM dulu?* ehh marah diri sendiri pulak Hoho.Hurm biasalah kan jauh dengan family, rasalah homesick tuh. Ni awal awal semester lagi, homesick aku still kuat lagi. Lama lama nanti okay lah kot. So far, schedule for second semester nih okay okay je lah. Untuk kelas aku, hari Isnin and Selasa je pack. Untuk hari Rabu, Khamis and Jumaat kitorang relax sikit. *yesss banyak masa untuk lagho. setan melompat lompat kegembiraan bagai acara lompat tinggi* Tapi slack lah. Starting from next week onwards kitorang start ada class malam for hari Khamis malam Jumaat. Class mathematics for two hours. Sebenarnya kalau ikut jadual minggu nih, class maths tu hari Rabu pagi punya 8.30 am- 10.30 am. Tiba tiba tukar pulak kan. Aku baru nak happy happy takde class malam dengan budak class lain. Haa tu lah riak lagi kan. Huhuhu. Pusat asasi tukar jadual tuh sebab clash dengan budak degree kot. Hisshhh kacau lah budak budak degree nih! Bila korang nak habis sem ea? Kalau macam sebelum nih sem 1, budak degree takde. Hari hari kitorang takde class malam. Bapak heaven. Hurmm takpe lah. Ikhlaskan je lah. Nak tuntut ilmu kan. Nasib baik lecture maths malam tuh. Kalau physics, aku bawak bantal bushuk aku siap siap datang lecture hall. Ohh ya, yang paling heaven jadual hari Jumaat. Kitorang ada class ELC je for two hours, 8.30 am- 10.30 am. Lepas dari pukul 10.30 kitorang dah boleh balik. Awalnya weekend kitorang start kan. Class lain tolong jealous. so kalau macam nak balik rumah ke hari Jumaat tuh ke kan, dah boleh book tiket awal awal pukul 11 pagi or 12 tengahari ke kan. Tak macam last semester, class hari Jumaat habis pukul 4.30pm. Gila tak gila? Memang malam lah aku sampai rumah cerita dia kan. So for this semester yeayyyyyy!!! *lompat bagai orang baru lepas konvo*
Enjoy je lah gambar gambar dekat bawah nih. Malas nak letak caption. Banyak dah cerita dekat atas tadi kan.
Okay nothing much to say I guess. Kekeringan idea sudahhh. Just wait for my next entry okay *entah entah next year* Setia tau dengan blog Syeera Anuar. Jangan curang curang. Flying kiss untuk silent reader gua. Muahhhhh :* sayang saaaaayaaaanngg sayang. *ehh romantik siang siang hari pulak kan. tunggu lah malam sikit. ehemmm* Okay okay gua nak stop dulu. Bubye :)
Ohh ya before I foget, do follow my Instagram okay :)
@syeeranuar95
till then,
chaww!
S Y E E R A A N U A R



































